Piala Super kejohanan pertama di Stadium Nasional selepas diubah suai

KUALA LUMPUR: Piala Super Boost SportsFix adalah kejohanan bola sepak pertama bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang baru diubah suai, pada Januari tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia Azman Fahmi Osman berkata kejohanan berkenaan akan menampilkan tiga kelab profesional – Kelantan FA dari Malaysia, Persija Jakarta (Indonesia) dan Ratchaburi FC (Thailand).

Kejohanan itu menggunakan format ’round-robin’, dengan perlawanan pertama melibatkan pertemuan Ratchaburi FC menentang Persija Jakarta pada 13 Jan, diikuti Kelantan FA berdepan Persija Jakarta 16 Jan, dan aksi Kelantan FA bertemu Ratchaburi FC pada 20 Jan.

“Kami gembira Stadium Nasional Malaysia digunakan untuk penganjuran kejohanan bola sepak. Kami yakin Stadium Nasional akan memberikan peminat bola sepak pengalaman berharga setanding mana-mana stadium di dunia.

“Matlamat kami adalah menganjurkan kejohanan bola sepak utama dengan membawa pasukan terbaik dari seluruh rantau ini bersama-sama beraksi di sini,” katanya pada sidang media Piala Super Boost SportsFix 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Stadium berkenaan yang terletak di Bukit Jalil, kini dikenali sebagai Bandar Sukan Kuala Lumpur, ditutup untuk pengubahsuaian pada 2015 sebagai persiapan penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lepas.

Perlawanan persahabatan antara kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool menentang pasukan Pilihan Malaysia adalah aksi terakhir di stadium berkenaan pada 24 Julai, 2015, sebelum ia ditutup untuk pengubahsuaian.

Azman Fahmi berkata Kelantan FA dipilih menyertai kejohanan itu kerana pasukan berkenaan adalah antara terbaik di Malaysia, manakala Persija Jakarta dianggap pasukan paling mendapat sokongan di Indonesia, sementara Ratchaburi FC adalah salah sebuah pasukan terbaik di ASEAN.

Juara kejohanan berkenaan akan menerima hadiah wang tunai USD10,000 (RM40,800).

Tiket akan mula dijual pada 13 Dis, dengan harga RM10 bagi pelajar serta RM15 hingga RM120 untuk dewasa, dan boleh didapati di laman sesawang sportsfixcup.com.

 

Visit Astro Awani for more information.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s